12 Kesilapan Komunikasi Rumahtangga.
Komunikasi ini penting. Bahkan antara instrumen untuk menambah #akauncinta. Tapi kalau salah cara boleh mengurangkan.
Banyak kesilapan yang kita tak rasakan ianya kesilapan. Bila kita anggap ianya biasa, maka kita biasakan ia. Bila dah terbiasa, kita sudah rasa selesa dengan kesilapan. Akhirnya yang menanggung derita adalah pasangan kita.
Kecederaan emosi yang dialami akan menyebabkan semakin lama semakin pudar cinta.Akhirnya walaupun dah 25 tahun berkahwin, perasaan yang dirasakan pada pasangan, tiada yang istimewa.
Mengenali dan memperbetulkan kesilapan adalah lebih utama berbanding menambah baik kebaikan yang sedia ada. Kerana emosi manusia akan lebih mudah terkesan dengan hal yang negatif berbanding hal yang positif.
Muat turun segera buku ini secara PERCUMA sebagai hadiah perkenalan daripada saya. Inilah sebahagian jariah yang termampu saya lakukan untuk berkongsi ilmu dan membantu sebahagian rumahtangga di luar sana.
Ebook ini juga akan digunakan sebagai panduan dalam perkongsian saya melalui Segmen Vaksin Hati di radio IKIM.fm pada setiap hari Isnin jam 5.15 petang.
Untuk memuat turun, sila isi maklumat anda di bawah dan anda akan diberikan link untuk muat turun.
Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa dunia dan akhirat.
Terima kasih.
FADZLI AZIZ